Nampak Ular, Hubungi 999 Bukan Tular - Semasa | mStar

Nampak Ular, Hubungi 999 Bukan Tular

MIRI: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihatkan orang awam agar menghubungi talian kecemasan 999 jika terjumpa ular di kawasan perumahan atau berdekatan untuk bantuan keselamatan segera.

Pegawai Pertahanan APM Miri Kapten Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata orang awam di sini juga boleh menghubungi terus talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri 085-430489 bagi membolehkan APM menangkap ular tersebut.

“APM Miri terima maklumat kes ular apabila ia tular dalam laman Facebook Miri  Community. Jadi, saya menyarankan masyarakat menghubungi APM dengan segera jika mengalami kes sama,” katanya dalam kenyataan ringkas, pada Jumaat.

Untuk rekod, rakaman yang tular semalam mendapat kritikan netizen apabila individu yang merakam kejadian tidak ada inisiatif untuk melaporkan kepada APM, sebaliknya mempunyai masa merakam serta berkongsi dalam media sosial.

Rakaman seekor ular sawa sedang menelan seekor kucing di Kampung Wireless telah dikongsi oleh seorang individu semalam, namun kejadian itu dikatakan berlaku pada Selasa lepas.- Bernama

Ular , tular

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian