suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Rakyat Malaysia Cedera Kemalangan MRT Singapura

PUTRAJAYA: Enam rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan tren di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Joo Koon di Singapura pada Rabu, kata Wisma Putra.

Mereka dihantar ke hospital berdekatan, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau dan mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden itu,” katanya.

Sebanyak 29 penumpang cedera dalam insiden itu.

Sebanyak  517 penumpang dilaporkan berada dalam tren itu yang bergerak pada kelajuan 16 km sejam apabila ia melanggar sebuah tren yang sedang berhenti  di stesen Joo Koon di Jajaran Timur-Barat.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang cedera dan memerlukan bantuan konsulat dinasihatkan menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura di 301, Jervois Road, Singapura 249077 di talian +65 623 50 111/+65 688 76 231 atau e-mel: [email protected]. - BERNAMA   

MRT Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Lain