suria

Lagi Jambatan Runtuh Di Gerik

GERIK: Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Ulu Kenderong dan Kampung Tanjung Kala di sini terputus hubungan apabila tiang di jambatan yang menghubungkan kedua-dua kampung itu runtuh kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis.

Difahamkan, jambatan sepanjang 15 meter dan tiga meter lebar merintangi Sungai Air Kudung itu rosak berikutan hakisan berpunca daripada air yang mengalir deras berikutan musim hujan sejak dua minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata atas faktor keselamatan, jambatan itu yang juga merupakan laluan utama pelajar sekolah telah ditutup sementara waktu.

Berikutan itu, katanya jambatan Bailey milik Jabatan Kerja Raya akan digunakan sebagai laluan buat sementara waktu.

"Jambatan tersebut berada di Kampung Ulu Kenderong.

Bagaimanapun, jambatan itu turut digunakan oleh kampung bersebelahan iaitu Kampung Tanjung Kala.

"Sebagai alternatif, penduduk yang hendak ke pekan Gerik, perlu melalui jalan sejauh tiga kilometer," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis. - BERNAMA

jambatan runtuh, Gerik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain