suria

Jangan Risau, Cemas Pesawat TUDM Terbang Rendah

KOTA KINABALU: Orang ramai di Sabah dinasihatkan agar tidak cemas atau risau apabila melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di kawasan mereka kerana ia cuma eksesais TUDM yang bermula Selasa hingga 26 November depan.

TUDM dalam kenyataannya pada Selasa berkata, Eksesais Paradise Siri 4/2017 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Labuanitu melibatkan ruang udara Sabah dan perairan sekitarnya.

“Sepanjang eksesais ini dijalankan, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Sabah yang telah digazetkan sebagai lokasi eksesais,” menurut kenyataanitu.

Antara pesawat TUDM yang terlibat dalam penerbangan rendah itu ialah SU-30MKM, Hawk, F/A-18D, C130H,KC130,CN235,EC725 dan Nuri.

Latihanitu adalah bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.- Bernama

Pesawat tudm

Artikel Sebelum

Artikel Lain