suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-Gara Nak Cepat, Calon Duduki SPM Di Wad

Sebanyak 443,883 calon di seluruh negara memulakan SPM 2017 pada Isnin dengan Bahasa Melayu Kertas 1 sebagai mata pelajaran pertama yang diduduki.
 Foto Bernama

BESUT: Bimbang terlewat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang calon peperiksaan itu cedera selepas kereta yang dinaiki bersama dua penumpang lain terlibat dalam kemalangan di selekoh dekat Kampung Gertak Jerubun, Hulu Besut pagi Isnin.

Mangsa, Amirul Fahmi Fauzi, 17, dari Kampung Limbong dekat sini, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong bersama dua sepupunya, Mohamad Firdaus Abd Rahman, 21, (pemandu kereta) dan adik Mohamad Firdaus, Mohammad Zulfiqar, 18.

Mohammad Zulfiqar ketika ditemui Bernama di Hospital Besut berkata sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu abangnya terbabas setelah melanggar lopak air di satu selekoh dan merempuh parit dan tiang lampu berdekatan.

"Abang saya memandu laju sedikit supaya sempat bagi kami berdua menyertai solat hajat yang akan diadakan di sekolah bermula 7.20 pagi," katanya.

Amirul Fahmi kemudian dimasukkan ke wad Hospital Besut dan terpaksa menduduki SPM dalam wad kerana mengalami sakit belakang dan luka-luka kecil. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain