Mahfuz Tanding Atas Tiket Pakatan Harapan? - Semasa | mStar

Mahfuz Tanding Atas Tiket Pakatan Harapan?

Mahfuz Omar.

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mengesahkan akan menolak sekiranya PAS menawarkan beliau untuk bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau juga tidak kisah sekiranya PAS menempatkan calon lain menggantikannya di kawasannya.

Katanya, sebaliknya beliau lebih berminat untuk bertanding dalam PRU kelak dengan menggunakan tiket Pakatan Harapan.

"Bukan Amanah, bukan Bersatu, sebaliknya saya lebih suka bertanding atas tiket Pakatan.

"Kalau PAS tawarkan saya mana-mana kerusi untuk bertanding sekalipun saya tak ingin, kerana keadaan PAS sekarang yang tidak mungkin diterima oleh masyarakat," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, bagaimanapun Mahfuz menambah, beliau akan membuat pertimbangan sekiranya terdapat desakan daripada rakan-rakan dan penyokongnya.

"Apa yang pasti, saya tidak mahu bertanding dengan membawa pendirian PAS kerana ia tidak akan dapat meraih undi daripada rakyat," katanya.

Mengulas mengenai hubungan 'mesra' dengan Amanah, Mahfuz berkata, beliau tidak mungkin dapat memutuskan silaturahim antara rakan seperjuangan yang pernah berjuang di bawah satu 'bumbung' suatu ketika dahulu.

"Sepertimana saya menjaga hubungan dengan rakan-rakan PAS, saya juga masih menjaga hubungan dengan sahabat-sahabat saya di Amanah.

"Saya hadir di majlis mereka selama ini pun atas dasar jemputan. Sesiapa sahaja yang jemput, saya akan pergi. Malah saya juga pernah hadir di Pelancaran Bersatu di Stadium Melawati, Shah Alam, baru-baru ini," katanya. - Sinar Online

Mahfuz Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Khidmat Teksi, Uber Di Makkah

Artikel Berkaitan

Tiga Beranak Dibunuh Kejam

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain