suria

Dr Mahmud Dipercayai Maut Di Marawi

MANILA: Pensyarah rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan militan, Dr Mahmud Ahmad dipercayai terkorban di bandar Marawi, Selatan Filipina.

Sumber risikan berkata, bekas pensyarah Universiti Malaya itu telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, sumber pasukan keselamatan Filipina masih tidak dapat mengesahkan sama ada Dr Mahmud dibunuh kerana setakat ini mayatnya tidak dapat dikesan.

Pada Selasa, dua tawanan yang diselamatkan memberitahu pasukan keselamatan negara itu mengenai kematian Dr Mahmud.

Pada masa sama, Dr Mahmud dipercayai bersembunyi bersama keluarga puak Maute, pengganas Abu Sayyaf dan tawanan terlibat di bandar Marawi.

Pertelingkahan di Marawi bermula Mei lalu antara pasukan keselamatan Filipina dan militan termasuk puak Maute dan Abu Sayyaf.

Pada Khamis, Mejar Jeneral Restituto Padilla berkata, pemimpin kanan militan rakyat Malaysia dipercayai antara 13 pejuang kumpulan Negara Islam (IS) yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi.

Kata Padilla, setakat ini pihaknya masih menunggu pengesahan mengenai perkara itu sebaik mayat pemimpin militan itu ditemui.

Marawi, Dr Mahmud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga Beranak Mengaku Salah Dera

Artikel Lain