suria

10 Cedera, Bas Pekerja, Kereta Bertembung

Foto Facebook.

SEREMBAN: Seramai 10 mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas pekerja dan kereta di Jalan Labu-Nilai berhampiran pekan Labu dekat sini, pagi Isnin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Pegawai Bomba Kanan II Khairuddin Mohammad berkata mereka yang cedera adalah lapan penumpang wanita bas itu dan dua lagi ialah pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Iswara.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian pada 6.55 pagi itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kenderaan bertembung sehingga mengakibatkan bas terbabit terbabas sebelum merempuh sebahagian bangunan kuil yang terletak di tepi jalan.

Sebuah jentera FRT (Fire Rescue Tender) bersama lapan anggota dan satu pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerahkan ke tempat kejadian.

Khairuddin berkata lapan mangsa yang menaiki bas pekerja itu sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di Kilang TDK Malaysia Sdn Bhd di Nilai manakala pemandu bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

kemalangan, Nilai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain