suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Diacu Parang Sebelum Dirompak

NIBONG TEBAL: Seorang wanita diugut dengan parang panjang sebelum dua lelaki melarikan barang kemasnya bernilai RM10,000 di rumahnya di Bandar Cassia di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superitendan Shafee Abdul Samad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika pekerja kilang itu sedang tidur.

"Dua lelaki yang memakai topeng muka dan sarung tangan memasuki bilik tidurnya sebelum mengacukan parang kepadanya.

"Kedua-dua tangan mangsa dan mulutnya kemudiannya diikat sebelum dua lelaki berkenaan menggeledah rumahnya,” katanya.

Beliau berkata antara barang mangsa yang dilarikan ialah dua utas rantai leher emas, rantai tangan emas, wang tunai, televisyen, telefon bimbit dan dokumen peribadi.

Mangsa telah diselamatkan anaknya yang tidur di tingkat dua rumah teres berkenaan.

Shafee berkata kedua-dua individu itu dipercayai turut memecah masuk beberapa buah rumah di kawasan itu sebelum ini.-- Bernama

Shafee, Bandar Cassia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SPRM Tahan SU Politik Menteri

Artikel Lain