suria

Harga Petrol Turun, Diesel Naik

PETALING JAYA: Harga petrol mencatatkan penurunan tiga sen mulai jam 12.01 tengah malam Rabu, manakala harga diesel pula naik dua sen.

RON95 akan dijual pada harga RM2.16 seliter, turun tiga sen daripada RM2.19 seliter, bagi RON97 pula akan dijual pada harga RM2.46 seliter, juga turun tiga sen daripada RM2.49 seliter.

Sementara itu, diesel pula meningkat sebanyak dua sen, berharga RM2.12 seliter daripada RM2.10.

Harga terkini bahan api itu akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 pagi pada 28 September hingga 4 Oktober.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada bulan April tahun ini.

Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.


petrol, diesel

Artikel Sebelum

SRK ‘Intai’ Kak Girl

Artikel Berikut

Artikel Lain