suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Terjatuh Tingkat 5 HSB

ALOR SETAR: Seorang wanita patah tulang belakang apabila terjatuh dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang Selasa.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, siasatan awal mendapati wanita tempatan berusia 33 tahun itu berkunjung ke HSB bagi melawat seorang rakannya yang sedang dirawat.

"Wanita itu terjatuh dari tingkat lima dan terhempas di tingkat dua HSB...mangsa kini diberi rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan berada dalam keadaan stabil dan sedar," katanya menerusi kenyataan malam Selasa.

Bagaimanapun mangsa yang sudah menjalani ujian X-Ray kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut. - BERNAMA

Hospital Sultanah Bahiyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain