Rakyat Malaysia Pengguna WhatsApp Terbanyak - Semasa | mStar

Rakyat Malaysia Pengguna WhatsApp Terbanyak

KUALA LUMPUR: Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata menurut laporan itu juga, media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook iaitu sebanyak 58 peratus pengguna, YouTube sebanyak 26 peratus dan 13 peratus, masing-masing bagi WeChat dan Instagram.

Salleh berkata laporan itu turut menyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak (45 peratus), televisyen (54 peratus) dan radio (15 peratus).

“Selain itu, peranti utama yang digunakan adalah telefon pintar iaitu sebanyak 65 peratus, komputer 45 peratus dan tablet 18 peratus,” katanya dalam catatan terbaru di laman blog www.sskeruak.blogspot.my, Selasa.

Menurut Salleh lagi, kajian lain yang dibuat oleh organisasi berbeza, TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan WhatsApp dengan jumlah 77 peratus, diikuti Facebook Messenger dengan 41 peratus.

Salleh berkata faktor penggunaan internet yang tinggi di negara ini adalah disebabkan Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan internet yang baik.

“Pengguna kita kerap menggunakan WhatsApp kerana banyak kelebihannya antaranya mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat, perantaraan berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos.

“Bagi peniaga, ia dapat memudahkan mereka memperluas perniagaan masing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi manakala dalam politik, WhatsApp merupakan alat kempen politik yang berkesan dan meluas.

“Bayangkan satu kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli. Jika seseorang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang singkat beliau sudah boleh berkongsi maklumat dengan 2,000 orang,” katanya.

Jelasnya, penggunaan WhatsApp juga mempunyai keburukan iaitu yang paling ketara apabila ia digunakan untuk menyebarkan maklumat yang salah hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang, apatah lagi jika terdapat ahli kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan sehingga menjadi tular.

“Saya mendukung kebebasan maklumat tetapi janganlah menggunakan WhatsApp untuk menjatuhkan kreadibiliti pihak lain dengan berita yang tidak tepat. Ini kerana WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Kuasanya seperti pisau tajam yang boleh mencederakan.

“Gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakkan diri daripada menabur fitnah. Bila semuanya teratur baik, kita tentunya bangga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi pengguna WhatsApp terbanyak dunia,” katanya. - Bernama

WhatsApp , Malaysia

Artikel Sebelum

Kekasihku Mr. Pencuri Telefon

Artikel Berikut

Kenapa Hayun Parang?

Artikel Berkaitan

Pengasas WhatsApp Undur Diri

Malaysia Ungguli Guna Berita WhatsApp

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?