suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKR Laksana Keputusan Pakatan Harapan - Azmin

Mohamed Azmin Ali.

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati keputusan majlis presiden Pakatan Harapan untuk menghentikan kerjasama dengan PAS pada pilihan raya akan datang dan akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk merealisasikannya, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kita menghormati keputusan majlis dan akan meneruskan pelaksanaan yang diperlukan.

"Tumpuan kita sekarang adalah pada jentera pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14, susulan keputusan majlis presiden Pakatan," kata timbalan presiden PKR ketika ditemui selepas sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-60 peringkat negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini, Rabu.

Pada Isnin malam, pakatan pembangkang mengeluarkan kenyataan memberitahu ia akan memutuskan hubungan dengan PAS.

Kemudiannya pada Selasa, biro politik PKR mengadakan mesyuarat selama tiga jam dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa PKR komited untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan dan mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Azmin bagaimanapun tidak hadir pada kedua-dua mesyuarat tersebut walaupun beliau merupakan naib presiden dan pengarah pilihan raya Pakatan Harapan.

"Saya mempunyai perkara lain yang perlu dihadiri. Apa yang penting kITA menerima keputusan ini dan meneruskan pelaksanaannya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ada Apa Pada Wahyu?

Artikel Lain