Isu Najis: Maaf, Saya Tak Tahu Siapa Yang Buat - Semasa | mStar

Isu Najis: Maaf, Saya Tak Tahu Siapa Yang Buat

Insiden pertengkaran di sebuah rumah tumpangan di Osaka, Jepun. (Gambar kecil) Najis yang ditemui di bilik mandi.

PETALING JAYA: Seorang daripada tiga pemuda rakyat Malaysia tampil memohon maaf berhubung kekecohan yang berlaku di rumah tumpangan di Osaka, Jepun sehingga tular di media sosial, baru-baru ini.

Ramadhan Sukrikhan berkata, selain permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk kakitangan rumah tumpangan, Muhd Abdul Qaiyum, pihaknya juga akan bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat insiden itu.

“Saya Ramadhan ingin meminta maaf dari pihak saya yang telah melakukan kecoh di Osaka minggu ini. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya Qaiyum (baju biru) disebabkan saya telah bertindak ganas terhadapnya, selain menggunakan kata-kata kesat. 

“Kami bertiga juga akan bertanggungjawab terhadap yang berlaku dan sedaya upaya membayar apa yang ditanggung pihak pengurusan,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya pada Sabtu malam.

Kisah Ramadhan bersama dua lagi rakannya yang didakwa merosakkan bilik di rumah tumpangan Vitti Lodge & Family di Osaka, Jepun sehingga menyebabkan tuntutan ganti rugi berjumlah kira-kira RM5,000 telah dikecam terutama dalam kalangan netizen.

Selain pertengkarannya bersama Qaiyum yang turut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), mereka didakwa membuang najis di bilik mandi rumah tumpangan tersebut.

Ramadhan turut memohon maaf mewakili individu yang membuang najis itu sebagaimana yang didakwa kakitangan rumah tumpangan tersebut.

“Saya sendiri tidak tahu siapa yang melakukannya. Namun terserah untuk percaya atau tidak. Saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik selepas ini dan menjaga akhlak ke mana-mana saya pergi,” katanya.

Sementara itu, remaja yang menumbuk dinding rumah tersebut, Ku Hidayat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan telah melunaskan bayaran ganti rugi yang perlu dibayarnya kepada mangsa.

"Kami tertinggal penerbangan selepas keliru dengan tarikh tempahan hostel dibuat dengan tarikh penerbangan pulang ke Malaysia.

"Kami sepatutnya pulang pada Rabu, tetapi keliru kerana hostel ditempah sehingga Khamis. Selepas menyedari kami sudah terlepas penerbangan, kami pulang ke Vitti Lodge & Family untuk berbincang cara pulang ke Malaysia," katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik pada Sabtu malam.

Jelasnya, dua rakannya sudah membeli tiket pulang dan dia perlu memikirkan cara untuk kembali ke Malaysia kerana tidak mempunyai wang.

Namun, Ku Hidayat berkata, dia gagal mengawal emosi sehingga menyebabkan kerosakan pada dinding rumah tersebut selepas terdengar ada pertengkaran berlaku antara rakannya dan pekerja Vitti Lodge & Family. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Negeri Sembilan Pecah Rekod Dunia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain