suria

Netizen, Akak 'Anti Jajan' Berperang!

PETALING JAYA: 'Perang jajan' tercetus di media sosial apabila seorang pengguna Facebook cuba menyedarkan masyarakat tentang bahaya makanan ringan tersebut.

'Perang' bermula apabila seorang pengguna Facebook, Nor Azlin Kamarudin memuat naik satu posting menunjukkan dirinya adalah seorang 'anti-jajan' kerana ia tidak berkhasiat sehingga sanggup membuang atau membiarkan anaknya memijak makanan tersebut seperti alat mainan.

Lebih membuatkan netizen bengang apabila dia cuba mempertikaikan tentang sikap ibu bapa hari ini yang menyambut hari jadi anak mereka di sekolah dan mengagihkan jajan sebagai 'goodies' kononnya untuk bersedekah.

"Makanan cari yang halal dan bersih. Jajan tu halal ke? Bersih ke? Bagus untuk kesihatan ke? Ke sekadar goodies beg nak puaskan nafsu mak bapak anak je?

"Saya buang kalau saya dapat. Anak saya tak tahu itu boleh dimakan. Sebab sejak dia kecil saya ajar dia semua tu toys (mainan). Bukan food.

"Jadi kalau ada dalam rumah pun, diorang buat main pijak-pijak je. Kalau sumi, jelly, diorang suruh saya buka letak atas pinggan nak tengok jelly tu wobbly wobbles," tulisnya di Facebook, Rabu.

Posting tersebut dimuat naik susulan satu posting tentang makanan ringan yang turut dimuat naik oleh seorang doktor sebelum ini.

Berikut adalah posting penuh yang dimuat naik.

Sayangnya, posting berniat baik ini tidak dapat diterima oleh sesetengah masyarakat.

Ada juga yang bersetuju dengan pandangan Nor Azlin tetapi menganggap cara dia mengajar anak untuk tidak makan makanan ringan tidak sesuai, selain menggunakan bahasa yang kasar dalam menulis posting.

Tidak kurang pula yang memberi cadangan supaya ibu bapa mengawal pengambilan makanan ringan anak-anak mereka daripada menyekat terus keriangan zaman kanak-kanak terbabit.

Tetapi, Nor Azlin tidak keseorangan, kerana ada juga netizen yang menyokongnya dan tampil mendedahkan bahawa mereka juga menggunakan cara yang sama untuk menghalang anak-anak mereka daripada makan makanan ringan.

Malah ada juga yang mengaku tidak pernah mengajar anak masing-masing tentang sambutan hari jadi di sekolah.

jajan, viral, makanan ringan

Artikel Berikut

FIC: Dua Lagi Direman

Artikel Lain