Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah - Semasa | mStar

Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah

Norshahida dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban pada Jumaat. Foto: Bernama

SEREMBAN: Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis.

Norshahida Zolkifly, 34, yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Fitriza Ab Latif pada Jumaat.

Mengikut pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan pada 6 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada.

Majistret menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.-Bernama

Norshahida Zolkifly , Adi Putra

Artikel Sebelum

Azeri Asia TV Bukan Daripada AirAsia

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain