E-Kad: 77 Pati Ditahan Di Port Dickson - Semasa | mStar

E-Kad: 77 Pati Ditahan Di Port Dickson

PDRM memeriksa sebahagian pendatang asing tanpa izin. Foto: Bernama

PORT DICKSON: Seramai 77 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dan Negeri Sembilan menerusi Op Mega E-Kad yang dilakukan di rumah kongsi sebuah tapak pembinaan, di sini, Selasa malam.

Operasi selama dua jam bermula 10.30 malam itu disertai 148 anggota bagi mengesan PATI yang gagal mendaftar di bawah program Enforcement Card atau E-Kad selepas tempoh berbuat demikian berakhir 30 Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi) Imigresen, Datuk Jaafar Mohamed, yang mengetuai operasi tersebut, berkata seramai 185 warga asing yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Nepal diperiksa di kawasan tapak pembinaan Splash Park, Batu 12, Pasir Panjang di sini.

“Daripada jumlah itu, 60 warga Indonesia, 15 (Bangladesh) dan masing-masing satu dari Nepal dan Pakistan ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/I63,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan tamat.

Beliau berkata daripada 77 yang ditahan, 71 daripada mereka lelaki manakala enam adalah wanita, yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 25 hingga 60 tahun.

Beliau berkata kesemua PATI akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng atau Semenyih, bergantung kepada kekosongan depot.

Dalam pada itu, beliau berkata aktiviti penguatkuasaan akan terus dijalankan bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini terus terpelihara.

“Kita tidak akan menganiaya orang yang kita tangkap malah kita lakukan secara berhemah, profesional dan berintegriti,” katanya.

E-Kad , pati

Artikel Sebelum

Empat Perkhidmatan Dikecualikan GST

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain