suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MDR Akan Kenal Pasti Punca Banjir Kilat

KOTA KINABALU: Majlis Daerah Ranau (MDR) akan mengenal pasti punca sebenar masalah banjir kilat yang melanda pekan Ranau, kira-kira 107 kilometer dari sini, berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

Pengerusinya, Faimin Kamin berkata tinjauan punca sebenar masalah banjir kilat itu akan dibuat secara bersama dengan Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran daerah.

"Tinjauan itu untuk melihat sama ada parit tidak dapat menampung air atau ada yang tersumbat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, Faimin berkata, keadaan banjir kilat itu hanya berlaku pada sebelah petang sahaja memandangkan trend hujan dalam beberapa hari ini di kawasan itu berlaku antara pukul 2 hingga 4 petang.

"Sejak dua tiga hari lepas, hujan turun pada sebelah petang.

Selepas itu, berlaku banjir kilat (di bahagian pekan) dan menjejaskan jalan di kawasan rendah sahaja.

Banjir kilat ini juga tidak menjejaskan mana-mana kampung kerana ia bukan berpunca dari sungai," katanya.

Faimin berkata tiada pusat pemindahan dibuka dan kehidupan seharian di pekan Ranau berjalan seperti biasa. - Bernama

banjir kilat Ranau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“HB Tu Apa?” – Tun M

Artikel Lain