suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Perkhidmatan Dikecualikan GST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju empat lagi perkhidmatan akan diletakkan di bawah kategori pembekalan berkadar sifar bagi tujuan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Perkhidmatan itu adalah perkhidmatan ditetapkan berkaitan dengan barang untuk dieksport yang mana perkhidmatan itu dibekalkan kepada pelanggan luar negara dan perkhidmatan ditetapkan yang dibekalkan dalam Zon Bebas, termasuk Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) kepada pelanggan luar negara.

Dua lagi perkhidmatan terbabit ialah perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang disediakan kepada pelanggan luar negara dan perbelanjaan tidak berulang yang ditanggung sebagai perbelanjaan kejuruteraan, termasuk alat dan jentera yang digunakan dalam proses pengilangan barangan.

Bercakap pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) pada Selasa malam, Perdana Menteri berkata bagi menampung pindaan yang perlu kepada Perintah Kadar Sifar GST, pengecualian daripada dikenakan GST di bawah seksyen 56 Akta GST 2014 telah diberikan berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

“Kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan bagi memudahkan komuniti perniagaan di Malaysia dan mengalu-alukan dialog telus antara semua pihak berkepentingan yang terlibat,” katanya.-Bernama

Pengecualian GST

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain