suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Songkhla

Antara rokok elektronik yang dirampas.

HATYAI: Polis Wilayah Songkhla menahan empat individu termasuk dua lelaki rakyat Malaysia di sebuah kondominium di bandar ini, pada Sabtu dan merampas pelbagai peralatan rokok elektronik daripada mereka.

Tiga lelaki dan seorang wanita itu dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan rokok elektronik dan menjualnya di laman Facebook.

"Penangkapan empat individu itu adalah hasil operasi risikan sejak beberapa minggu lepas," kata Ketua Bahagian Siasatan Polis Wilayah Songkla Kol Sakda Charengkul di sini, Sabtu.

Kedua-dua lelaki Malaysia itu berusia 21 dan 26 tahun manakala seorang lelaki dan seorang wanita tempatan itu berusia 20 dan 24 tahun.

Sakda berkata keempat-empat individu itu mengaku mereka menyeludup masuk peralatan rokok elektronik itu dari luar negara dan bertindak menjualnya di dalam negara menerusi laman sosial Facebook. - BERNAMA

rokok elektronik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain