suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Sekeluarga Nyaris Maut Kondominium Terbakar

GEORGE TOWN: Enam sekeluarga termasuk dua kanak-kanak nyaris maut apabila kondominium mereka di Jalan Persiaran Gurney di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang tidur dalam sebuah unit kondominium di tingkat lapan bangunan itu sebelum mereka berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Komander Operasi Bomba, Pegawai Bomba Kanan II, Hashim Ismail berkata sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Bagan Jermal yang bergegas ke lokasi kebakaran berjaya menyelamatkan enam sekeluarga itu sebelum api terus merebak.

Namun beliau berkata kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus unit kondominium berkenaan dan semua mangsa kini tinggal sehelai sepinggang.

Katanya unit kondominium lain tidak terjejas dan punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA 

kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain