suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paling Tak Masuk Akal - Kit Siang

Lim Kit Siang.

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang meminta DAP mengadakan sekali lagi pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu.

"Paling tak masuk akal," kata penasihat DAP itu menerusi Twitternya pada Jumaat sejurus selepas Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah mengeluarkan kenyataan meminta parti itu mengadakan semula pemilihan CEC.

Mohammad Razin berkata, ini kerana ROS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf ROS.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain