suria

Bacaan Ayat Suci al-Quran Gamatkan Masjid Besi

PUTRAJAYA: Program Malaysia #QuranHour dimulakan tepat jam 12 tengah hari tadi dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli dengan surah al-Baqarah oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ia kemudian diteruskan dengan bacaan 24 surah oleh 24 tokoh.

Antaranya Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Emeretus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor, Qari Junior Harith, Tahfiz Muda Aqil, Munif Ahmad, PU Amin dan vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat.

Program selama sejam ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 5,000 peserta yang berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini.

Berangkat sama dalam majlis penuh bersejarah ini ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Para peserta terdiri daripada VVIP, wakil dari agensi, pelajar sekolah, kolej serta orang awam.


Quranhour, Masjid Besi, Putrajaya

Artikel Sebelum

Baju Tiket Ke Neraka?

Artikel Berikut

Artikel Lain