suria

Isa Samad Ketuai SPAD, Sulaiman Ke FGV

PETALING JAYA: Kerajaan melantik Tan Sri Isa Samad (gambar) sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), manakala Tan Sri Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV berkuat kuasa serta-merta.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Isnin, pelantikan Isa bagi mendukung integriti dan amalan tidak berat sebelah terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

Selain itu, pelantikan Isa juga dibuat bagi memastikan tadbir urus korporat yang betul bagi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOP).

"Selain mengambil-alih peranan dan tanggungjawab sebagai pengerusi (FGV), beliau (Sulaiman) akan mengambil tindakan segera untuk menyelia pelaksanaan dalam perkara yang berkaitan.

"Adalah ditekankan bahawa tiada sesiapa didapati bersalah selagi belum dibuktikan oleh siasatan dalaman," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pihak kerajaan dan FGV telah menerima laporan bebas daripada Datuk Seri Idris Jala mengenai keputusan Lembaga FGV dan tindakan menggantung Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan dua pegawai kanan pengurusan institusi itu.

Keputusan tersebut dibuat susulan pelantikan Idris sebagai parti bebas pada 7 Jun untuk mengemukakan bukti berkenaan kes itu dan memberikan cadangan untuk penyelesaiannya.

Setelah diteliti, kerajaan dan FGV pada Isnin telah menerima empat carian utama dan cadangan daripada beliau.

Laporan dan keputusan yang diambil oleh kerajaan dan FGV adalah berlainan dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusan SPRM hanya akan didedahkan selepas siasatan siap dijalankan.

Isa Samad, FGV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain