suria

Baju Tiket Ke Neraka?

PETALING JAYA: Sesiapa sahaja ingin tampil cantik menawan di Hari Raya. Malahan, ada yang sanggup berbelanja ratusan atau ribuan ringgit untuk memiliki rekaan busana yang menyerlahkan penampilan dan menepati trend masa kini.

Justeru, pereka fesyen ibarat berlumba-lumba untuk tampil dengan idea rekaan masing-masing sempena Hari Raya kali ini.

Namun tidak semua rekaan itu mendapat tempat di hati si pembeli.

Baru-baru ini, koleksi baju raya Helaian by the Hanifiah (helaianbyth) mendapat kecaman netizen kerana ia terlalu menampakkan susuk tubuh si pemakainya.

Dengan tagline di akaun instagramnya, 'The Right Outfit To Style Your Shape' (Busana Tepat Untuk Menonjolkan Bentuk Tubuh Anda), koleksi helaianbyth menawarkan baju kurung moden yang kelihatan terlalu 'sendat' atau dengan bahasa pasarnya bagaikan 'sarung nangka'.

Susulan itu, rekaan tersebut menjadi tular di media sosial hinggakan ada yang menyifatkan ia sebagai gangguan seksual kepada golongan Adam.

Antara koleksi raya helaianbyth.

Seorang pengguna Facebook, Mat Tiger berkata:"Ni baju nok Rayo ko baju nok mintok keno rogol? Hentikan gangguan seksual terhadap lelaki. Anda mampu lakukannya.

Bukan itu sahaja, rekaan tersebut turut mendapat kecaman netizen di negara jiran, Indonesia.

Ada di kalangan mereka menganggap ia sebagai baju tiket ke neraka.M AF Mazelan berkata:"Design durjana sungguh...udah tak punya rasa malu apa ya?".

Omey Mamat berkata:"Sarung nangka dekat kebun lebihi longgar dibandingkan dengan baju ini."

Zukri Matkk berkata:"Ini bukan baju Hari Raya... baju nafsu syarakah namanya, bertaubatlah mereka yang menciptakannya."

Sementara itu, tinjauan di laman Instagram @iamwatie yang dipercayai pemilik helaianbyth turut memuatnaik artikel mengenai rekaan sendat itu.

Dalam kapsyen gambar itu, @iamwatie menganggap artikel itu memberikan publisiti dan pemasaran percuma kepada rekaan mereka.

"Thanks for free publicity & marketing," tulisnya.

Walaupun gambar artikel yang dimuatnaik itu terus dikecam hebat netizen, ada di antara mereka yang menyukai rekaan tersebut.



baju raya, sendat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain