suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Video Budak Dipaksa Hisap Dadah

Paparan skrin dari klip video yang menunjukkan seorang budak lelaki dipaksa menghisap syabu.

SUNGAI PETANI: Klip video seorang budak lelaki dipaksa merokok dipercayai syabu kini tular.

Suara seorang lelaki dipercayai bapa tiri kanak-kanak itu dapat didengar berulang kali bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut, dipercayai berumur lima tahun, sama ada suka menghisap rokok itu atau tidak.

Dalam ketakutan, budak yang kelihatan khayal terpaksa menjawab menyukainya.

Menerusi satu klip video lain, kanak-kanak yang berlinangan air mata duduk berbogel di atas lantai, dan seorang lelaki mengugut memaksanya supaya makan nasi.

Berdasarkan satu 'posting' pada Selasa, difahamkan kejadian berlaku di Taman Gurun Jaya di sini, dan lelaki di dalam video tersebut dikatakan suami kedua kepada ibu kanak-kanak terbabit.

Keterangan pada 'posting' mendakwa lelaki berkenaan seorang penagih dadah.

Nombor telefon pasangan itu turut dipaparkan tetapi usaha The Star menghubungi mereka gagal.

Menerusi satu klip audio, seorang lelaki menggesa pihak berkuasa dan orang awam menyelamatkan kanak-kanak lelaki tersebut.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Md Noor Chik berkata, beliau akan mengarahkan pegawainya untuk menjalankan siasatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain