suria

Tiada Lagi 'Gedik' Vida Di TV?

PETALING JAYA: Dek kerana makan hati dengan kecaman netizen, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sedang mempertimbangkan untuk melepaskan sebahagian saham syarikatnya.

"Saya ni asyik kena kutuk kena kacau, jadi saya nak duduk di belakang tadbir je sekarang ni.

"Saya nak duduk diam je, kalau anda benci tengok gedik saya okay tak payah. Saya takkan exposekan diri selepas ini," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Susulan itu, Hasmiza atau lebih mesra disapa sebagai Datuk Seri Vida berkata, beliau sedia melepaskan sebahagian saham syarikatnya kepada 'tokay' baharu yang boleh memuaskan hati netizen.

"Nak puaskan hati mereka yang mengata, saya tak payah muncul depan TV dah. Biar 'tokay' baharu je yang buat kerja.

"Kita tengok adakah industri hiburan tetap meriah dan tak perlukan saya yang kena terhegeh-hegeh bercakap di atas pentas," katanya.

Jelas usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu, keputusan untuk menjual sebahagian saham syarikatnya bukan kerana perniagaannya kini di ambang masalah.

"Bisnes tak ada masalah, dah maju dan lancar. Cuma sekarang saya perlukan tokay baharu yang hanya perlu run bisnes saya," katanya.

Justeru, Vida menggesa mana-mana individu yang berminat supaya tampil dan berunding dengan beliau mengenai perkara itu.

"Siapa yang nak beli saham saya tu sila tampil supaya saya boleh berehat dan anda boleh ke depan. Pembeli saham tu nanti juga mesti kena kebal macam saya," katanya.

Menurut Vida, kecaman netizen yang mempertikaikan 'kegedikannya' di atas pentas meninggalkan luka yang amat dalam di hatinya.

"Kutukan itu buat saya terasa sampai ke tulang hitam. Walaupun saya nampak kuat tapi saya hanyalah manusia biasa. Saya ada hati dan juga perasaan.

"Kutuk dengan kritikan yang membina tak apa, tapi kutukan itu terlalu menyakitkan. Untuk memasarkan jenama produk, saya kenalah expose diri, dengan cara itu orang akan ingat produk Qu Puteh," katanya.

Vida yang ternyata masih merajuk dengan kritikan netizen kini mengambil pendekatan untuk tidak membuat kemunculan di televisyen.

"Sebab tu sekarang saya jarang muncul di kaca TV. Lepas ni mesti ada yang kata bisnes saya tak laku, terpulanglah apa anda nak kata. Saya tak boleh halang mulut sesiapa.

"Buat masa ini saya hanya mahu banyakkan amal ibadah. Dengan cara ini sahaja mampu buatkan jiwa saya tenang," katanya.

Datuk Vida, Qu Puteh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain