suria

Geng Susu Kangkang Datang Lagi

Polis merampas 21 tin dan 17 kotak susu formula bayi.

PETALING JAYA: Tidak serik-serik. Itulah yang dilakukan oleh Geng Susu Kangkang yang kembali mencuri susu formula bayi dari pasaraya selepas dibebaskan pada hujung tahun lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dua lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 49 tahun ditahan ketika melakuka perbuatan tidak senonoh itu di pasaraya di Dataran Sunway pada malam Rabu.

Pada kejadian itu, seorang daripada suspek cuba memukul seorang pegawai polis menggunakan tongkat besi sebaik sahaja polis tersebut menerkam ahli geng itu di pintu masuk pasaraya.

"Nama geng ini dinamakan begitu kerana mereka menyorok susu formula bayi di bawah kain, di antara dua kaki mereka," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Mohd Zani berkata, suspek-suspek wanita akan masuk ke kedai dan menyamar sebagai wanita hamil sementara suspek lelaki pula memerhati keadaan sekitar.

Pada operasi itu, pihak polis mendapatkan semula 21 tin dan 17 kotak susu formula bayi.

"Barangan yang dicuri akan dijual semula ke kedai di kawasan penduduk yang rata-ratanya pendatang asing tanpa izin," katanya.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

Geng Susu Kangkang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain