suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percepat Siasatan Kes Kematian Mohamad Thaqif - Najib

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu supaya dipercepatkan siasatan kes kematian pelajar sekolah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi.

Mohamad Thaqif Amin,11, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pada Rabu selepas menderita akibat dipukul dipercayai oleh pembantu warden asrama sekolah berkenaan.

Akibat dipukul, kedua-dua kaki Mohamad Thaqif Amin menjadi hitam dan pihak hospital terpaksa memotongnya bagi mengelak jangkitan kuman pada tubuhnya.

"Innalillah. Sedih menerima berita pemergian adik Mohd Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

"Takziah buat keluarga arwah dan Insya-Allah, Dr Asyraf Wajdi akan mewakili saya di majlis pengebumian arwah.

"Saya mahu siasatan kes ini dipercepatkan agar kita tahu punca kematian dan diambil tindakan undang-undang jika ada kesalahan," jelas Najib di laman rasmi Facebooknya pada petang Khamis.

Berita kematian Mohamad Thaqif Amin disahkan oleh bapanya pada pukul 2.05 petang Rabu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain