suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengku Abdullah Dibenarkan Pulang Selepas Seminggu Rawatan Di Gleneagles

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dibenarkan pulang tengahari tadi selepas hampir seminggu dirawat di pusat perubatan Gleneagles, Ampang.

Baginda yang kelihatan masih bertongkat, keluar dari pusat perubatan berkenaan pada pukul 1 tengah hari dengan ditemani Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda baginda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Tengku Abdullahdilaporkan dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada 15 April lalu bagi menjalani pembedahan kecil di buku lali kaki kanan baginda.

Sepanjang seminggu mendapat rawatan di hospital berkenaan, baginda telah menerima lawatan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa orang kenamaan lain. -Bernama

Tengku Abdullah, Gleneagles

Artikel Sebelum

Artikel Lain