suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tembakan Tersasar, Sami Hindu Selamat

GEORGE TOWN: Seorang sami Hindu nyaris maut apabila ditembak di luar rumahnya di Jalan Satu, Air Itam, dekat sini.

Difahamkan, dua lelaki yang menunggang motosikal menghampiri  rumahnya, dan salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah mangsa yang berada di luar rumah pada Jumaat malam.

Bagaimanapun, mangsa tidak terkena tembakan itu tetapi dia terjatuh kerana terkejut dengan insiden yang berlaku pukul 9.30 malam itu.

Beberapa jirannya keluar dari rumah masing-masing kerana menyangka tembakan tersebut adalah bunyi mercun.

Dua kereta peronda polis tiba bersama pegawai forensik di tempat kejadian pada pukul 10 malam.

Pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kes tembakan itu.

Hindu, Tembakan, Tersasar

Artikel Berikut

Artikel Lain