suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Bomoh Ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan Ibrahim Mat Zin yang lebih dikenali sebagai Raja Bomoh di Segamat, Johor pada pagi Jumaat.

Memetik laporan portal tempatan, Ibrahim ditahan jam 2.30 pagi Jumaat di sebuah hotel di bandar itu.

Difahamkan Ibrahim telah dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk disoal siasat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim mengikut Seksyen 111 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pihak polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cuba mengesan Ibrahim sejak beliau melakukan upacara 'memagar' negara ini daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Ibrahim juga dikatakan melakukan perbuatan yang didakwa boleh merosakkan imej Islam.

Pada 3 Ogos 2015, kerajaan Perak mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara perbomohan Ibrahim di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004

Raja Bomoh, Khalid Abu Bakar

Artikel Berikut

R.AGE Bolot Kajai

Artikel Lain