suria

Polis Lumpuh Sindiket Tawar Saluran Astro Cetak Rompak

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki dipercayai anggota sindiket yang didakwa menawarkan saluran televisyen Asrto pada harga langganan rendah menerusi talian terus dan perkongsian kad.

Ketua Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek berusia antara 39 dan 53 tahun ditahan dalam serbuan di ibu negara dan Johor Bahru sejak Khamis.

"Polis juga merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk siaran terus termasuk 12 unit modem parabola atau router, lebih 500 dekoder Astro dan kad, kota set Android, telefon bimbit, komputer riba dan tablet," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Acryl Sani berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu memperoleh keuntungan lebih RM900,000 sebulan sejak beroperasi pada 2015 dengan lebih 30,000 pelanggan di seluruh negara.

Semua suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987. - Bernama

Astro, Bukit Aman

Artikel Berikut

Artikel Lain