Geng 24: Sembilan Lagi Pelajar Sekolah Ditahan - Semasa | mStar

Geng 24: Sembilan Lagi Pelajar Sekolah Ditahan

SEPANG: Sembilan lagi pelajar dari tiga sekolah di Klang, Selangor ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata kesemua pelajar itu ditahan susulan penahanan 18 pelajar dan lima indivdu lain semalam melalui Operasi Cantas yang digerakkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau berkata mereka yang ditahan merupakan enam pelajar tingkatan lima, dua pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu, masing-masing berumur antara 15 dan 17 tahun.

"Kesemua pelajar telah disoal siasat bagi mengenal pasti motif dan punca penglibatan mereka dengan geng itu.

"Setakat ini kita tidak dapat pastikan lagi motif mereka tetapi semasa ditahan kita dapati ada kek dan acara memotong kek yang dipercayai untuk meraikan penubuhan atau berupa satu ulangtahun," katanya yang ditemui selepas menghadiri acara larian PDRM-AirAsia Fun Run sempena Hari Polis ke-210 di AirAsia RedQ di sini, Sabtu.

Fuad berkata, sebagai sebuah pertubuhan haram, penularan Geng 24 perlu dibendung segera lebih-lebih lagi ia menyasarkan penglibatan kalangan pelajar sekolah.

Bagi menyekat penularan aktiviti berkenaan, polis kini menumpukan kepada empat sekolah di Klang yang dilihat menjadi sasaran pengembangan trend tidak sihat itu setakat ini.

Bagaimanapun, kami yakin penularan aktiviti itu di sekolah bukan diinisiatifkan oleh pelajar sebaliknya oleh 'kepala-kepala' dari luar yang mencari ahli dan menubuhkan geng itu di sekolah, katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya berkata kesemua 18 mereka ditahan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) dan mengesahkan lebih ramai lagi akan ditangkap.

Beliau turut memuat naik dua klip video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk pelajar berpakaian sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah dan dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, memegang kain rentang tertera nombor '24', selain memotong kek yang mempunyai lakaran gambar beserta tulisan 'SMK Sri Andalas 24 Apache'.

Khalid turut mengesahkan pembabitan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, SMK Raja Mahadi, SMK Shahbandar dan SM Kampung Jawa dalam aktiviti geng berkenaan. -- Bernama


Geng 24 , Sepang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Geng 24: Tujuh Lagi Pelajar Ditahan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain