suria

Bekas Adun Paya Jaras Meninggal Dunia

Datuk Saidin Thamby
KUALA LUMPUR: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras Datuk Saidin Tamby, 81, meninggal dunia di Hospital Selayang akibat pelbagai komplikasi termasuk paru-paru berair dan pendarahan dalam perut pada kira-kira 9.45 pagi tadi.

Anak ketiga Allahyarham, Mohd Marwan berkata jenazah kini berada di kediamannya di Kampung Selayang Pandang, Batu Caves dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda pada 4 petang ini.

"Pada malam dua hari lepas (23 Februari) ayah mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital (Hospital Selayang)," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Allahyarham merupakan Adun Paya Jaras, Selangor dari tahun 1986 hingga 1999 serta pernah memegang jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1982 hingga 1990.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Maimunah Mohd Shafie dan empat anak, Mahizun, Mayziun, Mohd Marwan dan Maznun.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain