suria

Pasport Suspek Pembunuh Didedahkan Media Indonesia

Imej pasport milik Siti Aishah yang disiarkan oleh portal Detik.news.com.

PETALING JAYA: Media Indonesia mendedahkan butiran pasport suspek kedua yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Imej pasport itu yang disiarkan oleh portal Detik.news.com, menunjukkan maklumat tentang wanita bernama Siti Aisyah yang lahir pada 11 Februari 1992 di Serang wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan maklumat pasport itu, Siti Aisyah memiliki dokumen tersebut pada 17 November 2014 dan tarikh luputnya pada 17 November 2019.

Gambar Siti Aisyah juga terpampang pada pasport tersebut dengan raut rupa seperti wanita Indonesia dan tidak bertudung.

Suspek ditahan polis Malaysia kira-kira pukul 2 pagi Khamis selepas diburu kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) pada Isnin lalu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, suspek ditahan secara bersendirian tetapi beliau tidak mendedahkan lokasi penahanan tersebut.

Seorang lagi suspek yang memegang pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong, 29, ditahan pada Rabu ketika wanita itu keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pada pukul 8.20 pagi.

Thi Huong ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan ke luar negara.

https://news.detik.com/berita/3424350/pembunuhan-kakak-kim-jong-un-kemlu-pastikan-siti-berstatus-wni

Kim Jong-nam, Siti Aisyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain