suria

Bot Karam Di Sabah: Polis Tahan Individu Ketiga

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Polis menahan individu ketiga berhubung insiden bot karam di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, individu terbabit merupakan pemilik bot, ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan.

Pada Ahad, seorang tekong berusia 26 tahun dan kru berusia 38 tahun, merupakan yang pertama diselamatkan di perairan dekat Pulau Tiga.

Kedua-dua mereka direman.

"Kita akan menyiasat kes ini dari pelbagai sudut, termasuk sama ada terdapat elemen kecuaian membabitkan pemilik dan kru," katanya.

Bot katamaran yang membawa pelancong warga China karam pada kira-kira 10 pagi Sabtu selepas bertolak dari jeti Tanjung Aru ke Pulau Mengalum.

Seramai 23 pelancong terselamat selepas 32 jam kejadian berlaku, manakala tiga lagi maut.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan berikutan lima mangsa masih hilang, terdiri daripada empat pelancong dan seorang kru.


Artikel Lain