suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bertenang, Jangan Buat Spekulasi PRN Sabah - Musa

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menggesa orang ramai agar tidak terlalu teruja membuat andaian berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat spekulasi berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, adalah biasa baginya untuk mengingatkan wakil rakyat di Sabah supaya turun padang dan bekerja keras seolah-olah pilihan raya diadakan setiap hari.

"Saya sentiasa menekankan kepada wakil rakyat bahawa kita perlu konsisten bertemu rakyat, mendengar masalah mereka dan cuba yang terbaik untuk menyelesaikannya.

"Perkara ini bukan hanya sebelum pilihan raya tetapi semasa dan selepas pilihan raya. Oleh itu mereka perlu bekerja keras seperti setiap hari adalah pilihan raya," katanya menerusi kenyataan di sini, Selasa.

Musa berkata, adalah perkara biasa bagi media membuat spekulasi untuk menghubungkannya dengan pembaca terutama mereka yang ingin mengetahui mengenai senario politik negara.

Pada Isnin, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menyifatkan cakap-cakap mengenai PRN Sabah akan diadakan lebih awal sebelum PRU-14 sebagai spekulasi.

PRN Sabah, Musa Aman

Artikel Lain