suria

Dua Pelajar Tahfiz Hilang Dikhuatiri Lemas

Gambar hiasan.

BACHOK: Dua pelajar tahfiz hilang dikhuatiri lemas manakala lima lagi rakan mereka berjaya diselamatkan ketika mandi di Pantai Kampung Nipah di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata mereka yang dikhuatiri lemas dalam inisedn pada 3.30 petang ialah Ilham Mohd Hafiz dan Mohd Aiman Che Hashim, kedua-duanya 15 tahun.

Nik Aminuddin berkata lima pelajar yang selamat ialah Ahmad Daniel Mohd Azizi, Mohd Nafiz Irfan Mohd Nazri, Omar Saizan, Talha Mohd Hatta dan Daniel Hakim Mohd Syukri, semuanya berusia 15 tahun.

"Kesemua mereka ialah pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Kampung Nipah," katanya ketika ditemui di tempat malam Sabtu.

Beliau berkata dua pelajar yang hilang itu dipercayai gagal melawan arus deras sebelum dihanyutkan.

Katanya operasi mencari dan menyelamat dilancarkan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Angkatan Pertahanan Awam Kelantan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. - BERNAMA

pelajar tahfiz, lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain