suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Wajib Kemuka Borang E Secara E-Filing Bagi Tahun Saraan 2016 - LHDN

PUTRAJAYA: Bagi tahun taksiran 2016, syarikat-syarikat (termasuk syarikat di Labuan) diwajibkan mengemukakan penyata oleh majikan (Borang E) secara e-filing, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut LHDN dalam satu kenyataan di sini, sekiranya majikan menyerahkan Borang E kertas, maka ia dianggap tidak diterima di bawah peruntukan subseksyen 83 (1B) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bagi majikan bukan syarikat, mereka mempunyai pilihan untuk mengemukakan Borang E sama ada secara e-Filing atau pun Borang Kertas (manual).

Katanya, tarikh akhir mengemukakan Borang E Tahun Saraan 2016 kepada LHDN adalah 31 Mac ini dan sistem e-filing untuk mengemukakan Borang E akan mula dibuka mulai 1 Mac ini.

"Namun demikian, bagi menggalakkan para majikan menggunakan kemudahan e-Filing, LHDN memberikan tambahan masa sehingga 30 April ini kepada majikan untuk mengemukakan Borang E Tahun Saraan 2016 secara e-Filing," katanya.

Selaras dengan peruntukan subseksyen 83(1A) ACP 1967, setiap majikan adalah diingatkan untuk menyediakan dan menyerahkan penyata pendapatan tahunan (Borang EA / Borang EC) kepada semua pekerja mereka selewat-lewatnya 28 Februari 2017.

Ini bertujuan membolehkan pekerja mereka melengkapkan serta mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan. -- Bernama


LHDN, e-filing

Artikel Lain