suria

SPRM Tahan Lelaki Menyamar Pegawai Imigresen

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Imigresen dan meminta imbuhan daripada seorang pengurus bagi mengelak diambil tindakan terhadap pekerja asingnya.

Pengarahnya Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata lelaki berkenaan yang merupakan seorang penganggur berumur lingkungan 50-an itu ditahan di sini tengah malam tadi ketika sedang berurusan dengan pengurus syarikat berumur 52 tahun itu.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur dan berasal dari Perak itu ditahan ketika sedang berurusan dengan pengurus berkenaan yang meminta wang sebanyak RM2,000 yang kononnya untuk tidak diambil tindakan terhadap pekerja asing.

Ketika siasatan pihak kami turut menemui sepucuk pistol tiruan pada lelaki itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Khamis.

Beliau berkata pihaknya telah mendapat perintah tahanan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Mohd Fauzi berkata ia adalah tangkapan pertama yang dilakukan pihaknya pada tahun ini.-- Bernama 

SPRM, Imigresen

Artikel Berikut

Artikel Lain