suria

TPM Hadir Majlis Pernikahan Anak Pegawai Khas

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar dengan pasangan pengantin Mohamad Faizal Mohamed, 22, dan Nur Nazifa Abdul Halim, 21, ketika menghadiri majlis pernikahan anak perempuan pegawai khasnya Datuk Abdul Halim Suleiman (kiri) di Bandar Seri Alam, Masai, Jumaat. Turut kelihatan isteri Abdul Halim Datin Siti Yusnita Md Yusop (dua, kanan). -fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menghadiri majlis pernikahan anak perempuan Pegawai Khas di kementeriannya, Datuk Abdul Halim Suleiman, di Bandar Seri Alam, Masai, di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di kediaman Abdul Halim yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa dan isterinya Datin Siti Yusnita Md Yusop, pada kira-kira 9.20 pagi.

Turut hadirTimbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengerusi JawatankuasaPengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor DatukMd Jais Sarday.

Pada majlis tersebut, Ahmad Zahid dikejutkan dengan hadiah pulut kuning oleh keluarga pengantin perempuan bersempena ulang tahun ke-64 kelahiran beliau, Rabu lepas.

Beliau kemudian turut bergambar kenang-kenangan bersama pasangan pengantin, Nur Nazifa Abdul Halim, 21, dan Mohamad Faizal Mohamed, 22, sekeluarga.

Terdahulu, Nur Nazifa yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik, selamat dinikahkan dengan Mohamad Faizal oleh Abdul Halim di hadapan Imam Masjid Taman Rinting, Imam Aziz Nikmat, pada 9.05 pagi Jumaat.

Majlis persandingan pasangan mempelai itu akan diadakan esok, di kediaman sama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain