suria

Ratu Cantik 'Julang' Menara Berkembar Malaysia

Kiran Jassal
KUALA LUMPUR: Ratu Cantik Malaysia telah mendapat ilham untuk menggayakan pakaian kebangsaan menerusi Menara Berkembar yang membawa banyak kemasyhuran buat Malaysia.

Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal akan mempamerkan menara ikonik di pentas dunia melalui pakaian 'jumpsuit' rekaan Rizman Ruzaini.

"Kami mempunyai sesuatu yang istimewa yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

"Ini adalah satu risiko besar tetapi berbaloi," kata Pengarah Pertubuhan Ratu Cantik Kebangsaan Elaine Daly tentang pakaian ini.

Kain warna kulit dan dan Perak akan membaluti tubuh Kiran bersama dengan 100,000 butir kristal Swarovski yang dijahit tangan.

Terdapat panel logam berbentuk menara di bahagian bahu  bersama jahitan kristal di bahagian dada, melambangkan jambatan yang menghubungkan dua menara.

Pakaian ini juga dihiasi dengan rekaan berbentuk geometri mewakili anyaman kraf tradisional negara.

"Pertandingan ini telah mengubah hidup saya dalam setiap aspek.

"Sebelum ini, saya agak pendiam dan malu-malu tetapi sekarang saya telah menjadi lebih terbuka.

"Pakaian yang melambangkan Menara Berkembar di atas bahu saya, membuatkan saya berasa sangat berbangga kerana ia adalah ikon terbaik mewakili Malaysia," kata Kiran.

Beliau berkata berat pakaian menjadi perkara kedua berbanding perasaannya apabila dapat mewakili negara.

Pertandingan Miss Universe ke-65 akan diadakan pada 30 Januari 2017 di Manila, Filipina.

Artikel Lain