suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Keselamatan Penumpang, Pesawat MAS Patah Balik

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH104 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Bangalore pada pagi Jumaat terpaksa berpatah balik  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) demi keselamatan penumpang.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Malaysia Airlines berkata penerbangan itu mengalami masalah teknikal dan pesawat mendarat pada pukul 2.10 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

"Semua penumpang dan anak kapal selamat mendarat dan MH104 ditukar kepada pesawat lain. Penerbangan kembali berlepas pada pukul 4.15 petang ini (Jumaat), dijangka tiba di Bangalore pada pukul 5.30 petang.

"Keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines pada setiap masa. Malaysia Airlines memohon maaf di atas sebarang kesulitan," katanya.

MH104, MAS, Bangalore

Artikel Lain