suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Taukeh" Judi Tawar RM1 Juta - Jamal Yunos

PETALING JAYA: Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa beliau ditawarkan wang rasuah sebanyak RM1 juta daripada ketua sindiket perjudian pada Jumaat.

Menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook, beliau menolak tawaran duit rasuah itu yang diisi dalam sebuah beg.

"Saya mencampakkan beg tersebut kepada "taukeh" (pemilik) kedai judi berkenaan.

"Tujuan rasuah itu untuk menutup mulut saya daripada terus membongkar kegiatan mesin judi di seluruh negara khususnya di Selangor," katanya.

Selain itu, Jamal turut mendedahkan beliau menerima banyak panggilan dari pemilik kedai mesin judi untuk berjumpa dengannya dan menawarkan wang ringgit serta bayaran setiap bulan dengan jumlah yang sangat besar.

Jamal yag merupakan ketua cawangan Umn Sungai Besar, menggempur premis mesin judi di Sekinchan selepas pihak majlis perbandaran tempatan menyita pusat peranginan miliknya pada bulan lalu.

Jamal Yunos

Artikel Lain