suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahrir Abdul Samad Pengerusi Felda

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan lembaga tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Felda, manakala Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd.

"Di bawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka, dan perniagaan Felda," kata Najib dalam satu kenyataan, di sini, Jumaat.

Shahrir mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah menjadi menteri di tiga kementerian.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Di samping itu, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Isa di atas sumbangan beliau kepada Felda sejak memegang jawatan tersebut pada tahun 2011," kata Perdana Menteri.

Menurut Najib, dibawah kepimpinan Mohd Isa, FELDA telah menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga mereka. - BERNAMA

Felda, Shahrir Abdul Samad

Artikel Sebelum

Artikel Lain