suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Datuk' Parah Ditetak Depan Rumah

IPOH: Seorang lelaki bergelar 'Datuk' cedera parah manakala isterinya cedera di bahagian tapak tangan selepas mereka ditetak sekumpulan lelaki di halaman rumah mereka di Meru Heights di sini.

Kejadian kira-kira 3.30 petang itu dipercayai berlaku ketika pasangan suami isteri itu sedang bersiap untuk keluar sebelum didatangi suspek.

Menurut jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 55, dia  terkejut apabila mendengar jeritan mangsa sebelum ternampak sekurang-kurannya enam lelaki keluar dari halaman rumah mangsa dan melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di luar rumah.

"Bimbang akan keselamatan mereka, saya terus menghubungi polis untuk meminta bantuan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Seorang lagi jiran mangsa, Fauzi Ramadansyah, 27, berkata dia yang sedang berada di sebuah pasar raya segera pulang sebaik diberitahu oleh isterinya mengenai kejadian itu.

Katanya kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan keadaan si suami kini dilaporkan kritikal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pembantu Juruterbang TUDM Stabil

Artikel Lain