suria

Serangan Zurich: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Anggota polis menutup mayat yang ditemukan berdekatan sebuah masjid di Zurich pada 19 Disember 2016. - AFP

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia terlibat dalam serangan di Eisgasse 6, berdekatan stesen keretapi sentral Zurich, Switzwerland pada 19 Disember 2016.

Menurut laporan, serangan tersebut telah dilakukan oleh seorang penyerang yang tidak diketahui identitinya, menyebabkan tiga (3) orang cedera dan dua (2) daripadanya parah.

Mayat seorang lelaki telah ditemui kira-kira 500 meter dari Pusat Islam berkenaan di mana identiti dan punca kematian masih belum dipastikan oleh pihak berkuasa. Kaitan penemuan mayat dan serangan tersebut masih dalam siasatan.

Kedutaan Besar Malaysia di Berne berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di kawasan sekitar kejadian tersebut.

Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden ini. - BERNAMA

Zurich, Wisma Putra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain