suria

Liow Harap Kekerapan Tren Setiap 90 Saat

Liow Tiong Lai.

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap kekerapan perkhidmatan tren di Lembah Klang dapat ditingkatkan kepada setiap 90 saat.

Katanya dalam lawatan kerja ke Moscow, Rusia baru-baru ini, beliau sangat kagum dengan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bawah tanah di bandar itu yang mampu menampung 8.5 juta penumpang sehari dengan kekerapan setiap 90 saat.

"Kekerapan tren berkenaan adalah 1.5 minit, jadi tak perlu tunggu lama. Kita harap dapat capai sasaran seperti itu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam gala kementerian itu, di sini malam Rabu.

Berdasarkan langkah penambahbaikan perkhidmatan tren Lembah Klang yang telah dilaksanakan setakat ini, katanya sasaran itu mampu dicapai dengan usaha dan kerjasama semua pihak terlibat.

Beliau berkata kekerapan perkhidmatan KTM Komuter misalnya telah berjaya ditambah daripada setiap sejam kepada setengah jam dan yang terbaru kepada setiap 15 minit.

Liow berkata melalui pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), tempoh menunggu KTM Komuter akan disingkatkan lagi kepada 7.5 minit menjelang 2019 dan akan terus ditingkatkan kepada setiap 3.5 minit. - BERNAMA

Liow Tiong Lai, MRT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain