Azwan Bro Angkat Sumpah Sebagai Senator - Semasa | mStar

Azwan Bro Angkat Sumpah Sebagai Senator

Khairul Azwan mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S. Vigneswaran di Bangunan Parlimen pada Rabu. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro adalah antara enam individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di Dewan Negara pada Rabu.

Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran.

Turut mengangkat sumpah ialah Ketua Wanita Umno Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Rabiyah Ali; Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat; Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff; Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri Umno, Datuk Fahariyah Md Nordin dan Pengerusi Kluster Pendidikan Badan Perhubungan Umno Johor, Rahemah Idris.

Pelantikan mereka bagi tempoh tiga tahun.

Dalam ucapan aluannya, Vigneswaran berharap mereka yang dilantik dapat menunjukkan sikap, perwatakan, keperibadian tinggi dan bersopan-santun semasa menyertai sesi persidangan Dewan Negara.

"Sekarang ini saya risau kerana terdapat segelintir Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan melanggar peraturan mesyuarat serta perlembagaan negara.

"Saya memperingati diri saya dan menarik perhatian semua Yang Berhormat supaya memahami segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara dan peraturan-peraturan mesyuarat (Dewan Negara)," katanya. - Bernama

Azwan Bro , Senator

Artikel Sebelum

Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi

Artikel Berikut

Tiada Cuti 13 Disember Ini - KSN

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain